Home Sukan LIVERPOOL BUKAN DESTINASI TERBAIK ALONSO – MATTHAEUS

LIVERPOOL BUKAN DESTINASI TERBAIK ALONSO – MATTHAEUS

172
0

BERLIN: Pemenang Ballon d’Or, Lothar Matthaeus berkata perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang “bukan pilihan terbaik” buat jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso.

Alonso dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich, kelab yang beliau wakili sebagai pemain, sesudah melakukan tugas mengagumkan setakat ini di kelab pendahulu Bundesliga, Leverkusen.

Pasukan Alonso tidak kalah dan unggul 10 mata di depan Bayern Munich sekali gus berada di landasan tepat bagi kejuaraan sulung Jerman dengan berbaki lapan perlawanan musim ini.

Matthaeus berkata, mengikut jejak langkah pengurus Jurgen Klopp yang akan meninggalkan Liverpool pasti sukar buat mana-mana jurulatih jadi Alonso patut kekal bersama Leverkusen.

“Liverpool bukannya pilihan tepat buat Xabi Alonso selepas musim ini. Beliau mempunyai pilihan yang lebih baik.”

Matthaeus menghabiskan majoriti kariernya di Bayern dan berkata, beliau menyambut baik Alonso sebagai pengganti Thomas Tuchel pada musim panas akan datang namun mengakui di Munich “(Alonso) perlu membina satu pasukan baharu bagi masa depan, dengan pemain baharu.”

Leverkusen menang 34 dan seri empat daripada 38 perlawanan musim ini.

Ketika kelab itu layak ke separuh akhir Piala Jerman dan suku akhir Liga Europa, Alonso turut berpeluang mengemudi Leverkusen meraih tiga trofi.

“Kenapa mahu berpindah ke Liverpool? Kenapa beliau patut meninggalkan pasukan menarik ini yang menyebabkan kita gembira dengan permainan cantik mereka, seperti Barcelona 12 tahun lalu?”

Klopp mengejutkan dunia bola sepak pada Januari lalu apabila mengumumkan beliau akan meninggalkan Liverpool pada hujung musim ini selepas sembilan tahun di The Reds, menyatakan keletihan menjadi faktor beliau membuat keputusan itu. – AFP,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here