Home Hiburan UQASHA TAK PERNAH HALANG KAMAL JUMPA HAWRA – PEGUAM SYARIE

UQASHA TAK PERNAH HALANG KAMAL JUMPA HAWRA – PEGUAM SYARIE

KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha Senrose, 33, tidak pernah menghalang suaminya Kamal Adli, 39, bertemu dengan anak tunggal mereka, Hawra Uqaira, 1 tahun 9 bulan, meskipun berdepan kemelut rumah tangga.

Memetik laporan Harian Metro, Peguam Syarie mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian berkata. pertemuan Kamal dengan anak perempuannya dirancang pasangan itu, bukan pertemuan secara tidak sengaja seperti didakwa.

“Isu (jumpa) anak tu, kami percaya pada 10 November lalu bahawa Kamal sudah berjumpa dengan anaknya. Kamal ada bawa anak mereka pergi berjalan.

“Hakikatnya, Kamal sudah berbincang dengan adik Uqasha, Nelydia dan sudah merancang untuk membawa anaknya berjumpa dengan Kamal,” katanya sekali gus menafikan dakwaan Kamal kononnya pertemuan bersama anaknya tidak disengajakan.

Sementara itu, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, dia akan membenarkan Kamal untuk berjumpa anak mereka pada bila-bila masa.

“Dia (Kamal) boleh sahaja jumpa Hawra pada bila-bila masa dan saya tak pernah halang,” katanya.

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu, manakala prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang anak perempuan. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here