DORTMUND: Turkiye dan Georgia memperagakan perlawanan terbaik di Euro 2024 setakat ini namun tiga mata menjadi milik Turkiye.
Tiga jaringan terbaik pada Euro 2024 dihasilkan pada perlawanan yang menyaksikan Turkiye menewaskan Georgia 3-1 di Signal Iduna Park.
Turkiye mendahului menerusi jaringan jarak jauh Mert Muldur sebelum Georgia bangkit mengikat kedudukan dengan gol daripada Georges Mikautadze.
Bintang muda Real Madrid, Arda Guler paling mencuri tumpuan selepas jaringan jarak jauhnya menghadiahkan gol kedua buat Turkiye.
Georgia terus mengasak untuk memburu gol penyamaan dan berjaya mencemaskan Turkiye selepas percubaan mereka terkena tiang.
Namun Kerem Akturkoglu menutup sisa perjuangan Georgia yang tampil buat kali pertama di Euro 2024 dengan gol ketiga pada hujung permainan. – AGENSI,BH Online –
Imedikel TV






