Home Sukan TOK KENALI TUNDUKKAN MAT KILAU 3-0 DALAM BADMINTON KARNIVAL SUKAN PENJARA PENOR

TOK KENALI TUNDUKKAN MAT KILAU 3-0 DALAM BADMINTON KARNIVAL SUKAN PENJARA PENOR

72
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Pasukan Tok Kenali muncul juara acara badminton
menewaskan Mat Kilau 3-0 pada Karnival Sukan Kakitangan Penjara Penor di Dewan Melati Penjara Penor, di sini, semalam.

Membariskan pemain berpengalaman pasukan berkenaan yang di ketuai Mohd Suhaimi Sautar dilihat tiada berhadapan banyak masalah untuk menewaskan lawan yang turun dengan misi melakukan kejutan.

Menurut Mohd Suhaimi, pengalaman dan persiapan dalam tempoh panjang menghadapi pertandingan berkenaan menjadi bekalan pasukan Tok Kenali hntuk bersaing hingga berjaya melangkah ke pentas akhir.

Katanya, bukan mudah untuk bergelar juara, gandingan pemain senior dan veteran berjaya meletakan pasukan pada landasan sebenar pada pertandingan yang begitu mencabar.

“Kerjasama berpasukan sejak awal pertandingan hingga pentas akhir begitu membanggakan, prestasi pada setiap perlawanan sentiasa meningkat sehingga berjaya muncul juara.

“Pemain lelaki dan wanita tampil dengan kesungguhan yang tinggi walaupun terdapat dikalangan mereka berhadapan kecederaan,” katanya.

Ketua pasukan Mat Kilau, Mohamad Hasnor Abd Hamid berkata, terlalu inginkan kejayaan di perlawanan akhir menjadi faktor kekalahan yang sukar diterima oleh setiap pemain.

“Bagaimanapun sebagai ketua pasukan saya berpuas hati dengan kesungguhan yang dipamerkan barisan pemain bermula peringkat awal pertandingan hingga perlawanan akhir yang berkesudahan dengan kekecewaan,” katanya.

Sebanyak enam acara sukan dipertandingkan pada karnival sukan kakitangan Penjara Penor kali ini.

Badminton, boling, bola sepak, futsal, bola tampar dan petanque. Karnival berkenaan melabuhkan tirai pada Oktober depan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here