Home Segmen Kesihatan TIPS PENYUSUAN SUSU IBU SEPANJANG BERPUASA

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU SEPANJANG BERPUASA

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Bulan Ramadan sudah pun bermula, sudah pasti menimbulkan kerisauan kepada golongan ibu-ibu yang menyusukan bayi berkenaan jumlah susu ibu yang perlu diberikan kepada anak mereka.

Ini kerana penghasilan susu ibu adalah bergantung kepada pemakanan ibu tersebut.

Persoalan-persoalan ini pasti bermain di fikiran si ibu.

Ibu-ibu berasa bimbang akan ketidakcukupan kuantiti susu berbanding sebelum ini dan mungkin menyebabkan bayi mereka tidak kenyang sehingga ada dalam kalangan ibu-ibu terpaksa berbuka puasa akibat keletihan selepas menyusu.

Dalam artikel kali ini, penulis berkongsi tips tentang penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin berpuasa tetapi pada masa sama, perlu menyusu.

Antara tips tersebut adalah:

Tips di bulan Ramadhan jika ibu mahu berpuasa:

  • Mesti bersahur.
  • Ambil makanan yang berat ketika sahur bagi memberi tenaga secukupnya.
  • Ambil kurma sebagai makanan tambahan semasa sahur.
  • Teruskan corak jadual pengepaman susu ibu seperti biasa.
  • Jangan panik jika kuantiti susu yang dipam sedikit ketika siang hari.
  • Minum air secukupnya ketika sahur dan selepas berbuka.
  • Teruskan penyusuan secara langsung kepada bayi sekiranya bekerja di siang hari.
  • Tangguhkan dahulu kerja-kerja yang memerlukan tenaga yang banyak.

Bagaimanapun, ibu menyusu perlu bersedia menghadapi cabaran penyusuan di bulan Ramadan dengan lebih tenang agar penghasilan kuantiti susu ibu mencukupi untuk anak mereka sepanjang berpuasa.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here