Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Ramadan adalah bulan yang dinanti-nanti bagi semua umat Islam bagi menjalani ibadah puasa.
Namun, ia mungkin menjadi mimpi ngeri kepada pesakit gastrik di mana ada dalam kalangan mereka menderita penyakit tersebut kerana menahan lapar di siang hari.
Dalam artikel kali ini, penulis akan berkongsi berkenaan tips pemakanan kepada pesakit gastrik.

Bagi pesakit tersebut, sebenarnya tiada halangan untuk mereka menjalani ibadah puasa seperti orang lain.
Namun, keresahan mereka berpunca daripada sakit yang melampau sehingga terpaksa berbuka puasa.
Jom, kita teruskan membaca artikel ini.
Menurut portal hellodoktor pemilihan makanan adalah sangat penting. Elakkan makanan dan tabiat yang merangsang serangan gastrik. Antara yang perlu dielakkan sebagai tip berpuasa Ramadan bagi pesakit gastrik adalah:
- Minuman berkafein seperti kopi dan teh
- Makanan berasid seperti buah limau, oren dan tomato
- Makanan pedas
- Makanan berlemak tinggi seperti mentega, coklat, santan dan keju
- Makanan bergoreng
- Merokok
- Minuman berkabonat

Lebihkan makanan berikut:
- Makanan tinggi fiber seperti epal, oat, lobak merah dan brokoli
- Makanan rendah lemak seperti ikan dan ayam
- Makanan berasid rendah atau berakali tinggi seperti sayur-sayuran
- Makanan mengandungi probiotik seperti tempe dan yogurt
- Banyakkan minum air putih
Jika anda masih mengalami gastrik selepas mengamalkan diet dan tabiat makan di atas, anda mungkin perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda mungkin memerlukan ubat bagi mengawal asid di dalam perut.
IMedikel TV






