Home Segmen Kesihatan TIPS JAGA TUMBESARAN ANAK, ELAK TERBANTUT

TIPS JAGA TUMBESARAN ANAK, ELAK TERBANTUT

398
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Pada era moden ini, ramai kanak-kanak mengalami masalah bantut yang mendatangkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.

Justeru sebagai ibu bapa, mereka bukan sahaja perlu bimbang tetapi juga perlu sedar apa punca berlakunya masalah itu?

Sebelum kita kenali punca masalah bantut, kita perlu fahami dahulu apa itu bantut.

Umumnya, bantut adalah keadaan apabila kanak-kanak mengalami kadar pertumbuhan yang rendah berbanding usia mereka.

Antara punca utama adalah masalah kesihatan dan malnutrisi.

Persoalannya bagaimana ibu bapa memainkan peranan dalam membantu memupuk tumbesaran kanak-kanak yang sihat.

Ada beberapa tips yang bermanfaat untuk mereka antaranya:

  1. Beri pemakanan seimbang.

Salah satu kesan kesihatan jangka panjang yang berpotensi akibat kekurangan zat makanan kanak-kanak adalah pertumbuhan terbantut. Ibu bapa perlu cuba secara perlahan dengan memperkenalkan makanan diet seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan kalsium kepada anak mereka.

Mungkin susah bagi mereka untuk menerima makanan tersebut, tetapi lama-kelamaan pasti boleh terima makanan seperti telur, kacang, ikan dan produk tenusu. Begitu jgua dengan kalsium, mungkin ibu bapa boleh campurkan sayur-sayuran hijau  dengan produk tenusu dan bijirin yang diperkaya.

2. Pastikan kanak-kanak mendapat rehat dan tidur yang cukup.

Tidur yang nyenyak adalah penting untuk rembesan hormon pertumbuhan, dan juga penting untuk perkembangan. Terdapat tempoh masa tidur yang sepatutnya untuk kanak-kanak.

  • 1-2 tahun: 11-14 jam tidur yang berkualiti (termasuk tidur siang)
  • 3-5 tahun: 10-13 jam tidur yang berkualiti (termasuk tidur siang)
  • 6-12 tahun: 9-12 jam

3. Galakkan aktiviti fizikal.

Aktiviti fizikal yang kerap bukan sahaja meningkatkan pelepasan hormon pertumbuhan tetapi juga menguatkan tulang dan otot. Ibu bapa perlu menggalakkan aktiviti yang menyeronokkan seperti berenang, yoga, regangan dan sukan berpasukan untuk perkembangan yang sihat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here