Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 10 POKOK BONZAI DISYAKI SELUDUP

PGA RAMPAS 10 POKOK BONZAI DISYAKI SELUDUP

469
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas tanaman hiasan dalam satu operasi di Jalan Kampung Lalang Pepuyu, di sini, pada Ahad.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam satu kenyataan, berkata rampasan dilakukan sekitar jam 6 petang ketika anggota PGA menahan sebuah lori yang mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan menemui 10 pokok bonzai jenis Poda Capus yang disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit.

“Pemandu lori, seorang lelaki berumur 54 tahun, gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan tanaman tersebut,”katanya dalam kenyataan.

Menurutnya siasatan awal mendapati tanaman itu dipercayai diseludup dari Thailand. Anggaran keseluruhan nilai rampasan, termasuk lori terbabit, dianggarkan berjumlah RM850,000.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167). Suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kelantan untuk tindakan lanjut,”katanya.

PGA menegaskan bahawa usaha membanteras penyeludupan tanaman akan terus dipergiatkan bagi memastikan tanaman di Malaysia kekal bebas daripada ancaman serangga perosak dan penyakit.

IMedikel TV







LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here