Home Segmen Kesihatan SARUNG BANTAL KOTOR: PUNCA JERAWAT TANPA SEDAR

SARUNG BANTAL KOTOR: PUNCA JERAWAT TANPA SEDAR

343
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Tanpa disedari, sarung bantal yang tidak dibersihkan secara berkala boleh menjadi punca kepada masalah jerawat.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia di laman Facebook setiap malam kulit dan rambut manusia menghasilkan minyak, peluh, sel kulit mati serta bakteria yang akan terkumpul di permukaan sarung bantal.

Jika sarung bantal tidak ditukar secara berkala, kotoran itu boleh menyebabkan pori-pori wajah tersumbat dan mencetuskan masalah kulit seperti jerawat.

Ini kerana sarung bantal kotor akan bersentuhan dengan wajah selama berjam-jam setiap malam, memindahkan bakteria serta kotoran yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Selain itu penggunaan minyak atau produk rambut juga boleh meninggalkan sisa bahan kimia pada sarung bantal, seterusnya memindahkan bahan tersebut ke wajah dan memburukkan lagi keadaan kulit.

Sehubungan itu, Public Health Malaysia menyarankan orang ramai supaya menukar sarung bantal sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi mengurangkan risiko masalah kulit yang tidak diingini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here