Home Buletin Semasa TIGA RUMAH SEPARUH KEKAL MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI TUMPAT

TIGA RUMAH SEPARUH KEKAL MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI TUMPAT

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Tiga buah rumah separuh kekal di hadapan Taman Sri Periuk, di sini, musnah dalam satu kejadian kebakaran petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Azman Arif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 pada jam 5.37 petang sebelum menghantar pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan pertama di lokasi pada jam 5.40 petang, Komander Operasi melakukan penilaian awal (size-up) dan mendapati kebakaran melibatkan tiga buah rumah separuh kekal yang dibina rapat antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, anggaran keluasan keseluruhan kawasan terbakar adalah kira-kira 120 kaki persegi x 120 kaki persegi, dengan tahap kemusnahan dianggarkan mencecah 90 peratus.

Bagaimanapun tiada kecederaan mangsa dilaporkan.

Operasi turut dibantu pasukan dari BBP Wakaf Bharu dan BBP Pengkalan Kubur membabitkan keseluruhan 16 anggota dengan kekuatan tiga jentera masing-masing satu Fire Rescue Tender (FRT), Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan Water Tanker (WT).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here