Home Luar Negara TIGA BUDAK ROMPAK BANK

TIGA BUDAK ROMPAK BANK

182
0

Washington: Tiga budak lelaki digelar geng penyangak cilik selepas merompak bank di Houston, Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa pada Rabu

Sherif di Harris County, Ed Gonzalez berkata, ketiga-tiganya yang berusia 11, 12, dan 16 tahun kini dalam tahanan dan akan dituduh merompak dengan ugutan.

Gonzalez berkata, disebabkan umur mereka penjenayah itu, maka tiada maklumat tambahan dapat dikeluarkan dan pejabat sherif tidak akan melayan sebarang permintaan bagi mendapatkan informasi lanjut.

Pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Houston berkata, suspek didawa merompak bank Wells Fargo di kawasan Greenspoint, utara Houston pada 14 Mac lalu.

Agensi itu berkongsi gambar trio berkenaan di aplikasi X, menunjukkan mereka memakai baju ‘hoodie’ memasuki lobi bank.

“Kenal ‘penyangak cilik’ ini? Percaya atau tidak, mereka baru merompak bank Wells Fargo di 10261 North Freeway. Jika anda kenal dan tahu di mana mereka berada, sila hubungi polis segera.”

Sehari selepas perkongsian itu, FBI memaklumatkan ketiga-tiga sudah ditahan dan akan dituduh melakukan rompakan dengan ugutan, tanpa mendedahkan butiran lanjut kerana suspek di bawah umur.

Penjenayah cilik itu itu dikatakan menyerahkan nota ugutan kepada pekerja bank sebelum melarikan diri bersama sejumlah wang.

Polis melaporkan ibu bapa kepada dua kanak-kanak mengesahkan identiti anak mereka selepas penyiaran gambar itu, sementara budak lelaki ketiga dikenal pasti oleh penguat kuasa susulan kes pergaduhan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here