Home Sukan TERPULANG KEPADA CKLAMOVSKI PILIH SIAPA KAWAL GAWANG

TERPULANG KEPADA CKLAMOVSKI PILIH SIAPA KAWAL GAWANG

111
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian penjaga gol skuad kebangsaan, Azri Ghani menyerahkan kepada barisan kejurulatihan untuk memilih siapa yang akan memainkan peranan sebagai benteng terakhir Harimau Malaya bagi aksi menentang Vietnam di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Selasa ini.

Pemain Negeri Sembilan itu menegaskan perkara yang paling penting adalah siapa yang akan diturunkan dalam perlawanan terakhir Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 itu harus memberikan yang terbaik demi negara.

Azri berkata, dia bersama penjaga gol yang lain, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dan Haziq Nadzli bersaing secara sihat dalam skuad kebangsaan bagi memberikan keyakinan kepada barisan kejurulatihan untuk membuat pilihan terbaik.

“Kalau diberi peluang, tidak kira antara saya, Haziq atau Syihan, saya harap kami semua dapat membantu pasukan berdepan Vietnam. Saya harap siapa yang diturunkan boleh membantu pasukan, tak kira sesiapa pun.

“Kami di posisi penjaga gol sekarang ini bersaing dengan sihat bagi menunjukkan kualiti masing-masing dan ia tidak mudah. Saya pun mungkin sayang nak tinggalkan tempat saya, jadi ia bukan satu perkara yang mudah,” katanya.

Berdasarkan dua aksi terakhir kempen kelayakan berdepan Nepal dan Laos sebelum ini, Ahmad Syihan diberikan peranan besar sebagai penjaga gol utama Harimau Malaya.

Selain itu, Azri tetap berharap Harimau Malaya dapat meraih tiga mata dari aksi terakhir kempen kelayakan itu walaupun ia tidak akan mengubah nasib skuad negara yang sudah sah terlepas tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027.

“Saya harap skuad kebangsaan untuk kem kali ini dapat bersaing dengan cukup bagus dengan pasukan Vietnam dan saya harap kami dapat membawa balik tiga mata untuk negara,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here