Home Segmen Kesihatan TERAPI IKAN, SELAMAT KE?

TERAPI IKAN, SELAMAT KE?

268
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Bagi mereka yang sentiasa mengunjungi spa, sudah tentu ada dalam kalangan kita sudah mencuba terapi ikan atau fish spa.

Penulis sendiri sudah pernah mencuba terapi ikan, pada mulamya perasaan takut menyelubungi penulis, namun apabila ikan-ikan datang untuk menggit manja kaki penulis, lama kelamaan perasan takut dan geli itu hilang.

Kenapa perlu berbuat demikian? Ini kerana terapi ikan itu boleh membuang sel kulit mati dibahagian kaki kita.

Ikan-ikan tersebut akan makan sel-sel kulit mati dan membuatkan kulit kaki lebih lembut.

Ia sekaligus dapat menjaga kesihatan kaki kita yang jarang kita endahkan.

Namun, terdapat beberapa risiko yang kita perlu tahu jika seseorang melakukan terapi ikan.

Menurut perkongsian di laman alodoktor beberapa risiko yang menjadi pertimbangan sebelum melakukan terapi ikan iaitu:

1.    Infeksi kulit

Kolam yang digunakan untuk terapi ikan lazimnya dikongsi secara bersama atau digunakan secara bergilir. Jika tidak dibersihkan secara berkala atau menyeluruh, kolam tersebut berisiko menjadi tempat pembiakan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan kulit. Gigitan ikan yang sama terhadap beberapa individu juga boleh meningkatkan risiko penularan jangkitan.

2.    Penyakit menular melalui darah

Ikan Chinchin sering disalah anggap sebagai ikan Garra rufa, walhal kedua-duanya sangat berbeza. Ikan Chinchin bersifat lebih agresif dan gigitannya boleh menyebabkan luka pada kulit. Luka tersebut berisiko menjadi medium penularan penyakit melalui darah, seperti hepatitis B atau HIV, terutama dalam kalangan individu yang berkongsi kolam terapi yang sama.

Selain itu, individu yang mempunyai beberapa jenis penyakit juga tidak digalakkan untuk berkunjung ke rawatan spa. Antaranya masalah melibatkan:

  • Mempunyai jangkitan kaki.
  • Mempunyai masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan psoriasis.
  • Menghidap diabetes.
  • Mempunyai penyakit virus dalam darah seperti Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV.
  • Baru sahaja mencukut di bahagian kaki.
  • Baru sembuh dari luka di bahagian kaki.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here