Home Luar Negara TENTERA GABUNGAN PIMPINAN ARAB SAUDI JATUHKAN PELURU BERPANDU HOUTHI

TENTERA GABUNGAN PIMPINAN ARAB SAUDI JATUHKAN PELURU BERPANDU HOUTHI

RIYADH: Tentera gabungan pimpinan Arab Saudi mendakwa mereka menjatuhkan tiga peluru berpandu Houthi yang menuju ke Riyadh, awal pagi ini.

Memetik laporan Wartawan AFP menerusi Berita Harian, di ibu kota itu melaporkan terdengar beberapa letupan.

“Pertahanan udara menghalang dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh Houthi ke arah Riyadh,” kata gabungan itu di X.

Sebelum ini, seorang wartawan AFP terdengar dua letupan tidak lama selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran bandar itu dalam ancaman udara musuh.

Pertahanan awam Arab Saudi kemudian menamatkan amaran itu dan mengisytiharkan bahaya sudah berlalu.

Puak Houthi dari Yaman berkata di X, mereka menyerang sasaran di seluruh Arab Saudi, termasuk di Riyadh.

Kejadian ini berlaku selepas gabungan pimpinan Arab Saudi yang menentang Houthi menyerang bandar pelabuhan Laut Merah, Hodeida, dan sasaran lain dalam operasi khas pada hari Jumaat.

Houthi pernah mengancam akan membalas.

Arab Saudi menghadapi peningkatan serangan sejak pertempuran kembali meletus dalam perang saudara Yaman dengan Riyadh menyokong kerajaan yang diiktiraf antarabangsa menentang kumpulan Houthi. – AFP, BH Online –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here