Home Luar Negara TEMUI SEJUTA KEPING SYILING SATU SEN KETIKA KEMAS RUMAH

TEMUI SEJUTA KEPING SYILING SATU SEN KETIKA KEMAS RUMAH

255
0

WASHINGTON: Sebuah keluarga terkejut apabila terjumpa beberapa beg berisi satu juta sen ketika membersihkan rumah mereka.

Kejadian itu berlaku di Los Angeles, Amerika Syarikat

John Reyes berkata dia membersihkan rumah bapa mentuanya sebelum menemui beg mengandungi syiling satu sen yang berada dalam beg bank yang belum dibuka dan bertutup.

“Saya sebenarnya dihubungi beberapa pengumpul syiling atau orang yang pakar dalam hal ini dan hanya berdasarkan beberapa soalan diajukan kepada saya, contohnya mempunyai beg yang dimeterai plumbum atau mempunyai beg daripada bank yang tidak semestinya kita kenali, mengetahui ia berusia sekurang-kurangnya 40 tahun atau lebih.

“Beberapa pengumpul memberitahu saya ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dijual sehingga tahu apa yang berlaku,” United Press International (UPI) memetik Reyes sebagai berkata kepada FOX 11.

Menurut New York Post, keluarga itu mengesahkan syiling itu adalah tembaga dan bukan zink, yang digantikan Amerika Syarikat pada 1980-an.

Reyes menyenaraikan syiling di OfferUp, laman web jualan semula dan meminta AS$25,000.

“Nilainya adalah pada keunikan,” katanya.

Sumber BH Online

Sumber BERNAMA-UPI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here