Home Buletin Semasa INDEKS PERPADUAN NEGARA MENINGKAT KEPADA 0.62 TAHUN LALU

INDEKS PERPADUAN NEGARA MENINGKAT KEPADA 0.62 TAHUN LALU

276
0

JOHOR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan melaksanakan Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 3.0 pada tahun ini, untuk melihat tahap perpaduan di negara ini.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata pada tahun lalu IPNas yang dilaksana secara bersama dengan Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada pada 0.62 berbanding 0.57 pada tahun 2018.


“Kerajaan akan mengembalikan pelbagai program semarak kenegaraan bagi memupuk lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dan komuniti,” katanya selepas Majlis Perasmian Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai Tahun 2023 di Dewan Taman Mawar, malam tadi.

Program itu yang julung kali diadakan di Pasir Gudang adalah bagi bagi meraikan kepelbagaian lebih 35,000 masyarakat Borneo yang menetap dan bermastautin di Johor.

“Saya amat bangga dengan semangat Bangsa Johor yang begitu menitik beratkan semangat kebersamaan dan kekitaan, dalam menerima kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang kepada kelestarian keharmonian dan kemakmuran.

“Ramai penduduk Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Johor dan kita adakan sambutan ini untuk bersama-sama mereka yang tidak dapat pulang merayakan di kampung halaman,” katanya.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here