ANKARA: Speaker Parlimen Arab, Adel Al-Asoomi, menggesa pembabitan yang lebih membina dalam kalangan negara-negara Arab bagi menyelesaikan krisis di Sudan.
“Kita tidak boleh membenarkan campur tangan serantau dan antarabangsa berhubung krisis di Sudan,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Al-Asoomi pada sesi pembukaan Parlimen Arab di Kaherah.
“Bangsa Arab perlu bersatu untuk mencari penyelesaian Sudan-Arab yang dapat mengelakkan pertumpahan darah, melindungi integriti negara dan memelihara tentera nasionalnya,” katanya
Al-Asoomi juga menghargai usaha-usaha politik dan bantuan kemanusiaan dari negara Arab untuk Sudan.
Pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah berlanjutan sejak April, dan menyebabkan beratus-beratus orang terbunuh.
Sumber BH Online
Sumber BERNAMA-ANADOLU
Imedikel TV






