Home Luar Negara DITEMBAK MATI SELEPAS TENDANG PINTU JIRAN

DITEMBAK MATI SELEPAS TENDANG PINTU JIRAN

226
0

THAILAND: Lelaki mati ditembak jirannya, seorang wanita berusia 42 tahun dalam kejadian yang menggemparkan di wilayah Nonthaburi, Thailand.

Lelaki berusia 35 tahun juga buruh kasar berkenaan dikatakan ditembak suspek akibat sejarah perselisihan faham, termasuk perbuatan mangsa menendang pintu rumah suspek.

Timbalan Ketua Polis Wilayah Nonthaburi, Leftenan Kolonel Polis Sompol Wongsrisunthorn berkata, kejadian tembakan itu di kompleks perumahan Eua Arthorn Bang Bua Thong.

“Hasil siasatan, si mati dikenali sebagai Krisak, seorang penunggang teksi motosikal berusia 35 tahun yang juga buruh kasar.

“Dia ditemukan mati dengan tiga kesan tembakan daripada pistol berkaliber .38 dan sebilah pisau lipat juga ditemukan terselit di pinggangnya.

“Suspek pula dikenali Sujitra, ditemukan bersembunyi di dalam biliknya dengan senjata api. Selepas satu jam rundingan polis, dia menyerah diri dan ditahan.

“Semasa pemeriksaan lanjut, lebih banyak peluru ditemukan di dalam almari pakaian suspek,” katanya yang dilaporkan portal The Thaiger.

Beliau berkata, siasatan mendapati isteri si mati tidak mengenali Sujitra secara peribadi tetapi mendakwa suspek turut mempunyai sejarah konflik dengan orang lain.

“Dia (suspek) sebelum ini menembak rumah orang lain…. Suami saya dalam perjalanan ke tempat rakannya apabila dia bergaduh dengan Sujitra, yang membawa kepada peristiwa tragis itu,” kata isteri mangsa yang enggan dikenali.

Sompol pula menjelaskan punca pertelingkahan antara kedua-dua jiran itu adalah berkaitan mangsa menendang pintu rumah Sujitra, serta perselisihan faham yang berterusan.

Sujitra menghadapi tuduhan memiliki senjata api dan membunuh.

Sumber HMetro Online

Sumber AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here