Home Luar Negara TARAWIH 8 JAM, KHATAM 30 JUZUK

TARAWIH 8 JAM, KHATAM 30 JUZUK

91
0

JAKARTA: Jemaah di sebuah Pondok Pesantren (Ponpes) Al Fatah Temboro, Magetan, Jawa Timur, menunaikan solat Tarawih selama lapan jam untuk menghabiskan 30 juzuk al-Quran dalam satu malam.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro,ini sudah menjadi kebiasaan di Ponpes Al Fatah, yang dikenal sebagai salah satu pusat hafazan al-Quran di Indonesia.

Rakaman dimuat naik di YouTube oleh CNN Indonesia pada 23 Februari lalu memaparkan, jemaah mengikuti imam mendirikan solat tarawih 20 rakaat dan ditambah witir tiga rakaat, semalam.

Pengajar di pondok berkenaan, Barley Musaddad berkata, imam yang dipilih terdiri daripada hafiz al-Quran yang melepasi proses saringan ketat.

Beliau berkata, tiada paksaan dikenakan kepada jemaah atau pelajar untuk menyertai tarawih 30 juzuk dalam satu malam.

“Jemaah boleh memilih untuk menyertai kumpulan yang membaca satu juzuk, lima juzuk atau 10 juzuk satu malam bergantung kepada kemampuan masing-masing,” katanya.

Barley menegaskan, syarat menjadi imam sangat ketat iaitu hafiz al-Quran, lancar tanpa banyak kesalahan, serta memiliki kualiti suara dan bacaan sesuai standard pondok pesantren berkenaan.

“Sementara untuk makmum, tidak ada batasan,” katanya.

Barley berkata, terdapat juga jemaah dari luar Magetan yang sanggup hadir semata-mata untuk merasai pengalaman menunaikan tarawih selama lapan jam. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here