Home Hiburan TAMPIL TANPA HIJAB, JULIA FARHANA CURI PERHATIAN

TAMPIL TANPA HIJAB, JULIA FARHANA CURI PERHATIAN

44
0

KUALA LUMPUR: Penampilan terbaharu pelakon Julia Farhana mencuri perhatian netizen apabila dia dilihat tidak lagi mengenakan hijab dalam sebuah hantaran video di Instagram Storynya.

Memetik laporan menerusi Berita Harian Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 32, mengulang siar hantaran video yang dimuat naik sebuah salon kecantikan yang memaparkan dirinya membuat rawatan kening tanpa memakai tudung.

Pelakon filem Langsuir itu turut menulis kapsyen ringkas sebagai tanda mempromosikan premis berkenaan.

“Always my go-to (Sentiasa menjadi pilihan saya),” tulisnya.

Sementara itu, spekulasi mengenai imej terbaharunya itu terus diperkatakan menerusi perkongsian berasingan oleh seorang individu di Threads.

Dalam hantaran itu, Julia dilihat memakai persalinan yang sama seperti dipakainya ketika mengunjungi salon kecantikan tersebut.

Untuk rekod, Julia mula mengambil keputusan untuk tampil berhijab sekitar tahun 2023 selepas mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Muhammad Hafiz.

Terdahulu, Julia menjadi bualan orang ramai apabila rumah tangganya bersama Dr. Che Muhammad Hafiz berantakan apabila dilihat tidak memuat naik foto bersama dalam media sosial.

Bagaimanapun, Julia menepis khabar angin tersebut dan menegaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here