Home Segmen Kesihatan TAJI TUMIT – SAKIT MENCUCUK SEPERTI PIJAK PAKU, RAMAI TAK SANGKA PUNCANYA!

TAJI TUMIT – SAKIT MENCUCUK SEPERTI PIJAK PAKU, RAMAI TAK SANGKA PUNCANYA!

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Pernah bangun pagi dan terasa seperti terpijak paku di tumit? Mungkin itu bukan sekadar sakit biasa, tetapi tanda taji tumit.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia di Facebook, taji tumit atau heel spur merupakan pertumbuhan tulang kecil di bawah tulang tumit (calcaneus). Ia sering dikaitkan dengan keradangan plantar fascia (plantar faciitis).

Ia juga terjadi akibat tekanan berulang.

Menurut perkongsian tersebut, ramai tidak menyedari bahawa keadaan ini bukan hanya dialami oleh atlet, tetapi boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk mereka yang berdiri lama, mempunyai berat badan berlebihan, atau memakai kasut yang tidak menyokong kaki dengan baik.

Diagnosis hanya boleh disahkan melalui X-ray, di mana pertumbuhan tulang kecil (bone spur) di bawah tumit akan kelihatan jelas.

Namun begitu, berita baiknya ialah rawatan awal tidak memerlukan pembedahan. Antara rawatan yang disyorkan termasuklah rehat yang mencukupi, tuam ais, penggunaan kasut yang sesuai, serta senaman regangan.

Public Health Malaysia turut menasihati orang ramai agar tidak memandang ringan jika kesakitan berlarutan, dan segera mendapatkan rawatan daripada doktor.

Untuk peringatan bahawa kesihatan kaki adalah asas kepada pergerakan harian kita.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here