Home Buletin Semasa PGA RAMPAS TANAMAN HIASAN BERNILAI RM156,000

PGA RAMPAS TANAMAN HIASAN BERNILAI RM156,000

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) terus memperkukuh kawalan keselamatan biosekuriti apabila Batalion 18 Briged Tenggara berjaya merampas sejumlah tanaman hiasan dalam satu operasi khas di bawah Op Taring Wawasan, pada Isnin

Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, rampasan dilakukan sekitar jam 9.20 malam di Kampung Jakar, Jalan Pasir Mas, setelah sepasukan anggota menahan sebuah lori yang mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut menemui 70 pokok Kesinai Merah dan 20 pokok Bromeliad yang disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit berbahaya.

“Pemandu lori seorang lelaki berusia 25 tahun turut ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan tanaman terbabit.

“Rampasan ini melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM156,000 termasuk kenderaan yang digunakan,”katanya dalam kenyataan.

Menurutnya kes kini disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).

Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Tambah beliau, PGA komited untuk terus mempergiatkan operasi bagi memastikan tanaman dalam negara bebas daripada ancaman serangga perosak serta penyakit yang boleh menjejaskan keselamatan makanan dan industri pertanian tempatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here