Home Hiburan SYED SADDIQ, BELLA ASTILLAH DAH TETAP TARIKH KAHWIN

SYED SADDIQ, BELLA ASTILLAH DAH TETAP TARIKH KAHWIN

17
0

KUALA LUMPUR: Pasangan popular, Bella Astillah dan Syed Saddiq (BASS) memaklumkan mereka sudah menetapkan tarikh perkahwinan dan direstui oleh keluarga.

Memetik laporan Harian Metro, Syed Saddiq berkata tarikh sudah ditetapkan dan dipersetujui.

“Tarikh telah pun ditetapkan. Alhamdulillah keluarga terdekat maksud saya ibu bapa atau dikalangan keluarga terdekat. Jadi tarikh telah kita bersetuju.

“Alhamdulillah… bukan setakat kita berdua. Ibu bapa, adik-beradik. Cuma untuk kita uar-uarkan sekarang, saya rasa kita perlu hormati prosesnya,” kata Syed Saddiq ketika tampil bersama Bella dalam siaran langsung podcast BASScast di platform TikTok Syed Saddiq malam tadi.

Bagaimanapun mereka perlu merahsiakan tarikh sebenar kerana sudah mengikat kontrak dengan sebuah stesen penyiaran dan wajib menghormati perjanjian yang dipersetujui.

Terdahulu pengumuman awal yang dibuat menerusi media sosial pada sebelah petang membuatkan peminat tertunggu-tunggu terutamanya untuk mengetahui perkembangan lanjut perkahwinan mereka yang dijadual berlangsung sebelum penutup tahun ini.

Pada sesi itu, Syed Saddiq, 34, turut berkongsi pelbagai perkara antaranya perancangan untuk membantu mencari dana untuk penduduk Muar menerusi acara larian nanti.

Sebelum itu, Syed Saddiq memaklumkan dia kini dapat membuat persiapan perkahwinan bersama Bella dengan tenang selepas kekal dibebaskan daripada sabitan dan hukuman terhadap empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), enam tahun lalu di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, semalam.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here