Home Buletin Semasa PENGERUSI FELDA AHMAD SHABERY CHEEK TAMAT PERKHIDMATAN 

PENGERUSI FELDA AHMAD SHABERY CHEEK TAMAT PERKHIDMATAN 

16
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Tempoh perkhidmatan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) secara rasminya berakhir pada 30 Jun 2026.

FELDA dalam satu kenyataan memaklumkan, sepanjang menerajui organisasi itu, Ahmad Shabery telah menggerakkan pelbagai inisiatif penting bagi menyokong agenda pengukuhan dan transformasi FELDA.

Menurut kenyataan itu, usaha yang dilaksanakan merangkumi aspek memperkasakan tadbir urus korporat, membina kerjasama strategik serta meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap FELDA.

“Pengurusan dan seluruh warga FELDA turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih atas segala jasa, sumbangan dan kepimpinan cemerlang beliau sepanjang menerajui agensi berkenaan,”menurut kenyataan itu.

FELDA turut berharap asas kukuh yang telah dibina sepanjang tempoh kepimpinan beliau akan terus menjadi pemangkin kepada kemajuan serta kelestarian organisasi itu pada masa hadapan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here