HANGZHOU: Gandingan beregu campuran negara, Syafiq Kamal-Aifa Azman terpaksa akur dengan kehebatan gandingan India, Sandhu Harinder Pal Singh-Karthik Dipika Pallikal selepas gandingan itu tewas 2-0 pada final beregu campuran bagi acara skuasy Sukan Asia 2022.
Memetik laporan menerusi berita harian,Ini sekali gus menyaksikan Syafiq-Aifa menyumbang pingat perak buat negara yang menjadi pingat ketiga daripada kem skuasy negara bagi temasya kali ini selepas emas dalam acara berpasukan wanita dan gangsa dalam acara berpasukan lelaki.
Pada pertembungan di Pusat Skuasy Olimpik Hangzhou itu, saingan sengit ditunjukkan namun gandingan India menamatkan set pertama dengan kemenangan 11-10.
Set kedua bersambung, gandingan negara ketinggalan agak jauh 3-9 namun berjaya mengejar sehingga mendahului 10-9 namun terpaksa akur tewas 10-11 dalam masa 35 minit.
Terdahulu, gandingan Syafiq-Aifa mengesahkan slot ke final selepas menewaskan gandingan India, Anahat Singh-Abhay Singh 2-1 pada aksi separuh akhir, kelmarin.
Tewas set pertama 8-11. mereka bangkit merakam kemenangan 11-2, 11-9 untuk memastikan final acara terbabit tidak membabitkan pertembungan antara sesama wakil dari India.Berita harian online-
Imedikel TV






