Home Hiburan SWEET QISMINA ENGGAN CAMPUR TANGAN ISU PUTERI BALQIS DAN MIA SARA

SWEET QISMINA ENGGAN CAMPUR TANGAN ISU PUTERI BALQIS DAN MIA SARA

124
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Sweet Qismina tiada niat langsung mencampuri kes membabitkan pelakon remaja Puteri Balqis dan Mia Sara yang kebelakangan ini mencetus sorotan hebat di media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 29, menjelaskan mesej langsung (DM) yang dia hantar kepada Puteri Balqis atau Aqish adalah sebagai tanda ambil beratnya semata-mata.

“Sejujurnya saya memang tak nak masuk campur langsung urusan mereka sebab itu antara dua pihak. Jadi saya memang tak ada kena-mengena langsung. Dengan Aqish saya baik, dengan Mia pun saya baik.

“Apa yang saya DM dekat Aqish itu hanyalah sebagai seorang kakak kepada adik. Itu saja. Dua-dua saya pernah bekerja,” katanya ditemui di Pesta Raya TVS, di sini, semalam.

Pelakon Babah ini turut mendoakan yang baik-baik mengenai isu tegang antara dua pelakon remaja terbabit yang dianggap seperti adiknya.

Tidak mengetahui secara terperinci mengenai isu yang berlaku antara mereka berdua, Sweet berpendapat jika terdapat kesilapan, teguran secara baik adalah perkara yang wajar.

“Apa masalah mereka, saya memang tak tahu. Tapi kalau ada salah, memang patut ditegur. Saya doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Dalam industri ini, semua orang ada hak atas apa yang mereka rasa.

“Saya sayang mereka berdua. Saya tahu banyak dugaan yang mereka lalui. Bila kita membesar dalam industri sejak kecil, banyak perkara yang kita belajar,” katanya.

Isteri kepada pelakon Adam Lee itu turut mendoakan mereka yang membesar kaya dengan pengalaman dan pengajaran hidup. Selain mahu mereka jadi yang terbaik dalam industri.

“Saya tahu benda ini tak mudah. Jadi saya tak nak komen apa-apa. Saya doakan semuanya dipermudahkan. Saya percaya Allah tahu apa yang terbaik untuk mereka,” katanya lagi.

Sweet juga berkongsi terkejut juga apabila menerima pujian daripada ibu Aqish atas tindakannya ambil berat kepada Aqish. Dia terbuka saja apabila namanya dipetik sebegitu.

“Sudah tentu terkejut sebab memang saya tak jangkakan langsung. Tapi itu hak mereka juga kalau mereka nak bercakap. Kalau ibu Aqish berkata begitu, Alhamdulillah. Saya memang tak mengharapkan apa-apa pun,” katanya.

Sebelum ini, ibu Puteri Balqis memuji Sweet Qismina yang mengirim mesej semangat kepada anaknya dan aktres itu disifatkan sebagai ikhlas serta tidak berpura-pura baik dalam tindakannya memberi sokongan. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here