BUCHAREST: Sebuah bas mini yang membawa penyokong bola sepak Greece terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Romania, semalam, mengorbankan tujuh orang dan mencederakan tiga lagi, menurut pihak berkuasa.
Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, bas mini yang membawa 10 lelaki itu sedang dalam perjalanan dari Greece ke Perancis apabila bertembung dengan sebuah lori di Timis County, barat Romania, kata pihak polis tempatan.
Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis berkata, beliau sangat terkejut apabila mengetahui mengenai kemalangan tragik di Romania itu yang meragut nyawa tujuh rakyat Greece.
“Dalam saat sukar ini, bersama seluruh rakyat Greece, saya menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa serta keluarga PAOK,” tambah beliau di Facebook, merujuk kepada kelab bola sepak PAOK Thessaloniki yang disokong oleh mangsa kemalangan.
Seorang lelaki berusia 29 tahun yang memandu bas minit itu masuk ke lorong bertentangan dan bertembung secara berdepan dengan lori, menurut pihak polis Timis dalam satu kenyataan media. – AFP, HMetro Online –
IMedikel TV






