Home Luar Negara SUNAK MUNGKIN HARAMKAN ROKOK BAGI LINDUNG GENERASI AKAN DATANG

SUNAK MUNGKIN HARAMKAN ROKOK BAGI LINDUNG GENERASI AKAN DATANG

160
0

LONDON: Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan langkah yang akan melarang sama sekali generasi akan datang daripada membeli rokok, lapor The Guardian memetik sumber kerajaan.

Beliau sedang melihat langkah anti-merokok yang sama dengan undang-undang diumumkan New Zealand tahun lalu, termasuk larangan menjual tembakau kepada sesiapa yang dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2009.

Jurucakap kerajaan Britain dalam maklum balas melalui e-mel, berkata pihaknya mahu menggalakkan lebih ramai orang untuk berhenti merokok dan memenuhi cita-cita untuk menjadi bebas asap rokok menjelang 2030.

“Itulah sebab kami mengambil langkah untuk mengurangkan kadar perokok terutama dengan menyasarkan generasi muda,” katanya

Langkah-langkah itu termasuk pengedaran kit vape percuma, skim baucar sebagai insentif kepada wanita hamil untuk berhenti merokok dan berunding mengenai sisipan amaran pada pek rokok wajib, tambah jurucakap itu.

Dasar yang sedang dipertimbangkan adalah sebahagian daripada strategi baharu menyasarkan pengguna yang diselaras pasukan Sunak bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangkakan tahun depan.

Britain pada Mei mengumumkan ia akan menutup kelompangan yang membenarkan peruncit memberikan sampel vape percuma kepada kanak-kanak dalam tindakan tegas terhadap e-rokok.

Secara berasingan, Julai lalu, Majlis Perbandaran di England dan Wales menggesa kerajaan melarang penjualan vape sekali guna menjelang 2024 atas alasan alam sekitar dan kesihatan. – REUTERS, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here