Home Luar Negara KAPAL TENTERA KARAM DI MYANMAR, 100 DIKHUATIRI MAUT

KAPAL TENTERA KARAM DI MYANMAR, 100 DIKHUATIRI MAUT

142
0

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 100 mangsa dikhuatiri mati lemas di Myanmar selepas sebuah kapal milik tentera karam di Sungai Chindwin di wilayah Sangaing di barat laut, menurut saksi dan laporan pihak berkuasa.

Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian Lebih 100 orang disyaki menaiki kapal berkenaan, yang juga sebahagian daripada konvoi kapal tentera, menurut akhbar The Irrawaddy, yang memetik pihak tentera dan penduduk tempatan.

Setakat ini, hanya tujuh penumpang ditemui hidup dan pada 21 September lalu, tujuh mayat ditemui, manakala baki penumpang masih hilang dan dianggap sudah meninggal dunia susulan kemalangan yang berlaku Selasa lalu itu.

Kapal berkenaan, yang membawa anggota tentera, adalah sebahagian daripada konvoi membawa bekalan dan pasukan askar baharu ke wilayah yang bergolak, terbalik selepas terlanggar batu dekat perkampungan Mingin akibat arus deras.

Selain askar, difahamkan kapal berkenaan turut membawa pelajar serta guru dan menurut junta, bot itu karam dalam pusaran air berhampiran kampung Mauk Ka Taw.

Tentangan terhadap rampasan kuasa tentera Myanmar masih kuat di Sagaing, di mana pihak tentera cuba menguasai keadaan, menyebabkan kebih banyak keganasan berlaku manakala pemberontak menguatkuasa undang-undang sendiri di kawasan mereka.

Lebih 700,000 penduduk tempatan kini kehilangan tempat tinggal akibat serangan tentera, yang juga antara punca penduduk di situ tawar hati untuk membantu mangsa kapal tentera yang karam itu.

“Apabila ada tragedi kapal karam, orang di sini biasanya membantu satu sama lain tetapi sejak rampasan kuasa berlaku, keadaan amat berisiko terutama kerana membabitkan kapal tentera.

“Malah, kami tidak memiliki peralatan yang sesuai bagi membantu mereka,” kata penduduk tempatan, Min Thu kepada agensi berita Jerman, dpa.

Tambah beliau, harapan amat tipis masih ada lagi yang terselamat kerana cuaca bertambah buruk dan arus semakin deras sehingga ada mayat yang kelihatan tetapi tidak dapat dibawa keluar. – AGENSI, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here