Home Buletin Semasa MPKB-BRI AMBIL ALIH SEMULA URUSAN BAYAR PARKIR

MPKB-BRI AMBIL ALIH SEMULA URUSAN BAYAR PARKIR

388
0

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengambil alih semula pengurusan pembayaran tempat letak kereta berbayar di sekitar Kota Bharu termasuk menerusi Aplikasi Flexi Parking bermula 1 September lepas.

Yang Dipertua MPKB-BRI Mohd Anis Hussein berkata pengumuman tersebut sudah dimaklumkan menerusi portal jabatan untuk hebahan orang awam dan pengguna.

Yang Dipertua MPKB-BRI Mohd Anis Hussein berkata Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengambil alih semula pengurusan pembayaran tempat letak kereta berbayar di sekitar Kota Bharu termasuk menerusi Aplikasi Flexi Parking bermula 1 September lepas.

“Menerusi Aplikasi Flexi Parking ia memudahkan pembayaran parkir dan kompaun dibuat bukan hanya kepada kenderaan sendiri sahaja, tetapi boleh juga untuk kenderaan lain pada masa yang sama.

“Kadar bayaran masih tidak berubah iaitu dari Sabtu hingga Khamis dari 8 pagi hingga 6 petang melibatkan 30 minit atau sebahagiannya dicaj RM0.40, kadar maksima sehari RM8 dan pas bulanan RM100, manakala pada Jumaat serta hari kelepasan am adalah percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabat MPKB-BRI di sini, Khamis lalu.

Sebelum ini, MPKB- BRI melantik sebuah syarikat konsesi bagi urusan pembayaran parkir sejak lebih lima tahun lalu iaitu dari 2018 hingga 2023.

Mohd Anis berkata cara pembayaran parkir adalah tanpa tunai digantikan dengan Aplikasi Flexi Parking yang menggunakan kaedah imbas kod QR untuk muat turun melibatkan cara daftar aplikasi serta tambah nilai kredit.

Katanya bagi orang awam yang masih mempunyai kompaun lama, mereka perlu membuat pembayaran terus di kaunter.

“Kaedah Flexi Parking ini masih dalam tempoh pengenalan dan turut diguna pakai oleh beberapa negeri di seluruh negara termasuk Kedah dan Perak.

“Bagi memudahkan orang awam yang belum biasa menggunakan kaedah ini, MPKB-BRI turut melantik agen-agen bagi memberi tunjuk ajar, selain ada pihak kami akan membantu,” katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here