Home Luar Negara ‘ASAP BERACUN’, SEKOLAH DI LIMA BANDAR DIARAH TUTUP

‘ASAP BERACUN’, SEKOLAH DI LIMA BANDAR DIARAH TUTUP

122
0

MANILA: Gunung berapi kecil berhampiran ibu negara Filipina ‘memuntahkan’ isinya yang disifatkan berbahaya untuk kesihatan dan mendorong pihak berkuasa, semalam, mengarahkan sekolah di lima bandar dan berpuluh-puluh lagi di pekan lain, ditutup.

Memetik laporan Reuters menerusi HMetro Selain itu, pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya tidak keluar rumah.

Institut gunung berapi dan seismologi negara itu berkata, berlaku peningkatan cecair panas di tasik kawah gunung berapi Taal, mengakibatkan pelepasan gas gunung berapi.

Amaran itu kekal pada tahap satu daripada skala lima, menandakan peningkatan sedikit berhubung gempa bumi gunung berapi dan aktiviti wap atau gas.

Terletak di sebuah tasik yang indah di wilayah Batangas berhampiran Manila, Taal setinggi 311 meter adalah antara yang paling aktif daripada 24 gunung berapi di Filipina.

Pada Januari 2020, ia memuntahkan abu dan wap setinggi 15 kilometer (km) dan memaksa lebih 100,000 orang berpindah dan berpuluh-puluh penerbangan dibatalkan apabila abu dari kawahnya tersebar sehingga ke Manila.

“Kami mempunyai laporan mengenai penyakit pernafasan di wilayah Batangas akibat mabuk daripada asap gunung berapi,” kata ketua bahagian operasi di pejabat pertahanan awam selatan Manila, Randy Dela Paz, kepada radio DWPM.

Asap gunung berapi atau vog, terdiri daripada titisan halus yang mengandungi gas gunung berapi seperti sulfur yang boleh menyebabkan kerengsaan mata, tekak dan saluran pernafasan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa penerbangan juga mengingatkan juruterbang supaya mengelakkan pesawat terbang menghampiri puncak gunung berapi itu kerana abu bawaan udara dan serpihan letupan mengejut boleh mendatangkan bahaya kepada pesawat.

Filipina berada di Lingkaran gunung berapi Pasifik, di mana aktiviti gunung berapi dan gempa bumi adalah perkara biasa. – REUTERS, HMetro –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here