Home Sukan SPURS BERADA DI LANDASAN BETUL – POSTECOGLOU

SPURS BERADA DI LANDASAN BETUL – POSTECOGLOU

155
0

LONDON: Tottenham Hotspur masih dalam proses pembinaan tetapi menunjukkan isyarat yang mereka berada di landasan yang betul, kata pengendalinya Ange Postecoglou selepas seri 1-1 di West Ham United.

Spurs menguasai permainan dengan 68 peratus tetapi tuan rumah mencipta peluang sama banyak dalam aksi di Stadium London yang dibasahi hujan.

“Pemain-pemain menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Berdepan lawan sukar hari ini, saya rasa mereka menunjukkan kematangan.

“Saya sentiasa mengharapkan persembahan yang menunjukkan mereka sedang membangun. Saya rasa ia lebih baik berbanding menentang Fulham, permainan hampir sama, tetapi tidak ditangani dengan baik.

“Malam ini, saya rasa Biss (Yves Bissouma) cukup menyerlah dan benteng pertahanan berjaya mengekang empat pemain yang mampu memberi masalah kepada mana-mana pasukan.

“Saya rasa kami lebih matang berbanding aksi menentang Fulham. Kami mahu menang tetapi cukup saya katakan yang pasukan ini menuju ke arah yang betul,” kata Postecoglou yang sebelum ini dibelasah 3-0 oleh Fulham.

Tottenham bersaing merebut tempat dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris. Mereka kini dua mata di belakang Aston Villa yang menghuni tangga keempat.

Brennan Johnson meletakkan Spurs di depan dan mereka mampu menambah jaringan menerusi Pedro Porro dan kapten Son Heung-min, tetapi Kurt Zouma sebaliknya menyamakan kedudukan.

Tottenham akan berdepan cabaran lebih sukar selepas ini apabila bertemu pesaing-pesaing kejuaraan – Arsenal, Manchester City dan Liverpool, namun Villa juga akan berdepan tiga pasukan teratas, jadi perebutan tempat keempat masih terbuka. – REUTERS,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here