Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Musim hujan adalah salah satu faktor yang mana udara menjadi lebih sejuk dan lembap. Dan disebabkan udara yang agak lembap, banyak perabot khususnya didapati terdapat tompok hitam, putih atau hijau berdebu.
Pernahkah anda melihat tompokan tersebut?
Sudah tentu ramai yang mengatakan ya dan ada dalam kalangan kita sudah tentu kurang cakna berkenaan tompokan tersebut.
Jika anda ingin tahu, tompokan itu dipanggil kulat. Kulat di dinding dan siling mahupun di perabot biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Tahukah anda, spora halus kulat ini sekiranya disedut masuk ke dalam paru-paru boleh menyebabkan iritasi dan radang pada saluran pernafasan.
Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh disedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru-paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti asma.

Bagi yang sememangnya menghidap asma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda-tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Bolehkah kulat ini dicegah?
- Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
- Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah
Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur. Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut. Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Sumber: Public Health Malaysia
IMedikel TV






