Home Sukan SHEERAZ BURU GELARAN DUNIA DI BUMI PIRAMID

SHEERAZ BURU GELARAN DUNIA DI BUMI PIRAMID

GIZA: Peninju Britain, Hamzah Sheeraz bakal membuat penampilan kedua di pentas kejuaraan dunia apabila dijadual menentang Alem Begic bagi merebut gelaran WBO super middleweight pada 23 Mei ini di Piramid Giza, Mesir.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, pertarungan itu menjadi sebahagian daripada acara utama yang turut menampilkan pertembungan juara dunia, Oleksandr Usyk menentang Rico Verhoeven bagi gelaran heavyweight WBC.

Sheeraz yang memiliki rekod tanpa kalah (22-0-1, 18 KO) mengesahkan tiket ke perebutan gelaran dunia selepas menewaskan Edgar Berlanga menerusi knockout (KO) pusingan kelima, Julai tahun lalu.

Sebelum ini, percubaan pertama Sheeraz untuk merangkul kejuaraan dunia berakhir dengan keputusan seri ketika menentang juara bertahan, Carlos Adames di Riyadh pada Februari 2025.

Sementara itu, Begic yang berusia 39 tahun turut mencipta peluang pertama merebut gelaran dunia dengan rekod cemerlang tanpa kalah dalam 30 pertarungan dengan satu keputusan seri.

Selain pertarungan utama, aksi sampingan turut menampilkan perebutan gelaran WBA ‘regular’ welterweight antara Jack Catterall dan Shakhram Giyasov.

Turut mencuri tumpuan ialah pertarungan heavyweight membabitkan peninju Cuba, Frank Sanchez menentang prospek Amerika Syarikat, Richard Torrez Jr yang juga pemenang pingat perak Olimpik Tokyo.-Reuters, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here