Home Sukan AL NASSR TERUS KEBAL, RONALDO KEMBALI BERBISA

AL NASSR TERUS KEBAL, RONALDO KEMBALI BERBISA

RIYADH: Cristiano Ronaldo kembali ‘mengganas’ apabila meledak dua gol pada separuh masa kedua untuk membantu Al Nassr menewaskan Al Najma 5-2 dalam aksi Liga Pro Saudi, awal pagi tadi.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, penyerang Portugal itu yang kembali selepas sebulan berehat akibat kecederaan tidak menunggu lama untuk memberi impak, sekali gus memastikan Al Nassr meneruskan rentak kemenangan.

Terdahulu, Al Najma yang menghuni tangga tercorot liga mengejutkan tuan rumah apabila membuka jaringan menerusi Rakan Al Tulayhi seminit sebelum rehat.

Namun, Al Nassr bangkit pantas apabila Abdullah Al Hamdan dan Sadio Mane meledak gol pada masa kecederaan separuh masa pertama untuk mendahului perlawanan.

Bersambung babak kedua, Al Najma kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan Felippe Cardoso, namun kebangkitan itu tidak bertahan lama.

Ronaldo kembali meletakkan Al Nassr di depan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-56 sebelum menambah gol kedua peribadi pada minit ke-73.

Mane kemudian melengkapkan kemenangan bergaya Al Nassr dengan jaringan kelima pada masa kecederaan.

Kemenangan itu adalah yang ke-13 berturut-turut buat Al Nassr dalam liga, sekali gus mengukuhkan kedudukan di puncak dengan 70 mata, enam mata di depan pencabar terdekat, Al Hilal.-Reuters, HMetro Online-

IMedikel TV   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here