Home Hiburan NADHIR IDAM BIKIN FILEM GENRE SERAM, ‘THRILLER’

NADHIR IDAM BIKIN FILEM GENRE SERAM, ‘THRILLER’

79
0

Semakin aktif mengembangkan kerjaya di belakang tabir, aktor, Nadhir Nasar kini menyasar untuk menghasilkan filem pertama arahan sendiri dengan mengangkat genre seram dan ‘thriller’.

Memetik laporan Harian Metro,Nadhir atau nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata, perancangan itu sudah bermula apabila pasukan produksinya, Paradice Pictures giat membangunkan beberapa idea cerita yang akan diperhalusi sehingga skrip benar-benar matang sebelum diterbitkan.

“Sekarang saya sudah mula tulis beberapa cerita. Apabila masuk pejabat, saya dan pasukan produksi akan ubah cerita jadi lebih baik sampai skrip itu ‘masak’, baru kami akan keluarkan.

“Untuk karya sulung (filem pertama) ini, pegang kata-kata saya, ia adalah filem seram dan ‘thriller’. Itu apa yang saya nampak sekarang.

“Tetapi, dalam pengarahan, kita tak berapa pasti sebenarnya. Ada pengarah buat genre sama bertahun-tahun, kemudian bertukar. Namun, buat masa ini, saya boleh cakap ‘debut’ saya akan ke arah itu,” katanya.

Nadhir berkata, minatnya untuk mengeksplorasi emosi manusia yang tersirat, tetapi memberi kesan mendalam kepada penonton membuatkan dia memilih genre seram dan ‘thriller’ sebagai karya sulung.

“Saya tertarik dengan genre ‘thriller’ dan seram sebab ia memberi ruang untuk bermain dengan emosi manusia. Rasa takut, debaran dan perkara yang kita tak nampak, tetapi boleh memberi rasa.

“Sejak kecil saya suka membaca novel karya Stephen King. Cara dia membina atmosfera dan psikologi watak itu sangat kuat. Saya juga suka karya yang agak pelik dan unik seperti dunia Tim Burton.

“Bagi saya ‘thriller’ dan seram bukan sekadar mahu menakutkan orang, tetapi mahu memberi impak kepada penonton walaupun selepas filem tamat,” katanya.

Bintang drama Tercipta Satu Ikatan itu berkata, fokus utamanya kini adalah membangunkan naskah filem panjang yang berpotensi untuk ditayangkan di pawagam.

Menurutnya, proses mengarah filem cereka memerlukan masa dan fokus, selain menjangkakan filem pertamanya siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

“Sudah tentu ia mengambil masa agak lama untuk saya fokus mengarahkan filem cereka. Tetapi, itu impian saya untuk membikin sebuah filem dan dapat ditayangkan di pawagam. Ini adalah sasaran saya.

“Saya anggarkan mungkin lagi dua atau tiga tahun, insya-Allah impian ini dapat dilaksanakan. Apa pun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya,” katanya.-HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here