Home Sukan SHAPOVALOY JUARAI TERBUKA DALLAS

SHAPOVALOY JUARAI TERBUKA DALLAS

HOUSTON: Reputasi pemain tenis Kanada, Denis Shapovalov selaku ‘pembunuh gergasi’ nyata tepat apabila dia menjuarai Terbuka Dallas selepas mengenepikan tentangan Casper Ruud dari Norway 7-6 (7/5), 6-3 sekali gus gelaran ketiganya dalam saingan ATP itu.

Shapovalov muncul pemain kelima bukan pilihan sejak 2020 menjuarai kejohanan itu selepas memulakan kejohanan menerusi pusingan kelayakan.

“Saya megalami beberapa siri kecederaan di bahagian lutut. Ia satu perjalanan kebangkitan yang cukup Panjang,” kata Shapovalov.

“Bukan mudah untuk memenangi gelaran terutama selepas mengalami kecederaan. Namun kejayaan ini bagi saya cukup manis dan ia melonjakkan lagi motivasi saya.

“Malah kejuaraan ini bukan milik saya seorang tetapi ia juga dikongsikan secara berpasukan di mana ramai pihak membantu saya untuk bangkit,” katanya.

Sepanjang saingan itu, dia menumbangkan sekurang-kurangnya dua pemain pilihan termasuk menyingkirkan pemain nombor empat dunia, Taylor Fritz di pusingan kedua dan menumbangkan juara bertahan, Tommy Paul di separuh akhir.

Kedudukan ranking Shapovalov dijangka melonjak tinggi susulan kemenangan itu dengan lonjakan sebanyak 22 anak tangga. Hujung tahun lalu, dia menghuni tangga 127 dunia. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here