Home Buletin Semasa SETOR CCTV TERBAKAR, TIADA MANGSA DILAPORKAN

SETOR CCTV TERBAKAR, TIADA MANGSA DILAPORKAN

336
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Sebuah setor simpanan peralatan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil di sini terbakar malam ini, namun kejadian itu tidak melibatkan sebarang mangsa.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (II) Engku Mohd Azam Engku Yahya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 8.13 malam dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh tiba di lokasi tiga minit kemudian.

“Seramai 14 anggota membabitkan dua jentera iaitu sebuah FRT dan Hilux bergegas ke lokasi kejadian. Bantuan turut diterima daripada BBP Tok Bali.

“Kebakaran membabitkan sebuah bangunan separuh kekal berkeluasan kira-kira 50 X 25 kaki yang dijadikan setor penyimpanan peralatan CCTV. Anggaran kemusnahan adalah sekitar 35 peratus,”katanya.

Beliau berkata operasi pemadaman menggunakan tiga aliran air daripada tangki jentera dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.29 malam.

Kerja pemeriksaan dan pembersihan (overhaul) diteruskan bagi memastikan tiada lagi sisa bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

“Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here