Home Buletin Semasa LELAKI DIPERCAYAI TERJATUH DI SUNGAI DITEMUKAN LEMAS

LELAKI DIPERCAYAI TERJATUH DI SUNGAI DITEMUKAN LEMAS

242
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki berusia 30 tahun dipercayai terjatuh di sungai di benteng Kampung Lanchang, di sini, ditemukan lemas petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Hamdan Mamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 7.00 malam memaklumkan kejadian mangsa lemas di lokasi berkenaan.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 7.19 malam dengan kekuatan lapan anggota, menggunakan dua jentera FRT dan Hilux.

“Maklumat awal yang diperoleh daripada orang awam memaklumkan bahawa mangsa dipercayai lemas di sungai berkenaan,”menurut kenyataan itu.

Beliau berkata operasi pencarian peringkat awal dilakukan di permukaan air sebelum memohon bantuan unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Pada jam 7.55 malam, mangsa ditemukan berhampiran lokasi beliau terjatuh,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here