Home Buletin Semasa ASEAN25: RTM MOHON MAAF SILAP SEBUT NAMA PRESIDEN INDONESIA

ASEAN25: RTM MOHON MAAF SILAP SEBUT NAMA PRESIDEN INDONESIA

419
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) hari ini memohon maaf atas kesilapan yang berlaku semasa siaran langsung Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan sidang-sidang berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Dalam kenyataan media menjelaskan pihak RTM memandang serius perkara itu dan tindakan sewajarnya sudah diambil.

“Siasatan dalaman mendapati berlaku kesilapan oleh pengulas siaran yang telah menyebut nama Presiden Republik Indonesia sebagai Joko Widodo, sedangkan Presiden Republik Indonesia yang terkini ialah Prabowo Subianto,” menurut kenyataan itu.

RTM turut merakamkan permohonan maaf kepada Presiden dan Kerajaan Republik Indonesia, serta kepada semua pihak yang terkesan akibat kesilapan berkenaan.

Dalam masa sama, RTM memberi jaminan untuk meningkatkan kawalan editorial dan semakan fakta agar setiap maklumat yang disampaikan kepada penonton kekal tepat, beretika dan berintegriti.

Majlis yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar itu dihadiri semua pemimpin ASEAN termasuk Prabowo.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 itu berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober di bawah tema Kepengerusian ASEAN-Malayisa 2025, “Keterangkuman dan Kemampanan.”

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here