Home Luar Negara SERANGAN PELURU BERPANDU IRAN: 2 MAUT DEKAT TEL AVIV

SERANGAN PELURU BERPANDU IRAN: 2 MAUT DEKAT TEL AVIV

68
0

BAITULMAQDIS: Dua orang terbunuh berhampiran Tel Aviv semasa serangan peluru berpandu Iran, kata pegawai perubatan Israel pada Rabu.

Memetik laporan Reuters menerusi hHarian Metro, difahamkan, insiden itu berlaku ketika perkhidmatan keselamatan melaporkan munisi yang jatuh mengenai beberapa tapak.

Kematian itu menjadikan jumlah korban daripada peluru berpandu yang dilancarkan ke atas Israel meningkat kepada 14.

Insiden itu berlaku selepas satu lagi hari pengeboman besar-besaran Israel terhadap sasaran di Iran dan Lubnan.

Penolong kecemasan, Magen David Adom (MDA) berkata, kematian berlaku di Ramat Gan, sebuah bandar berhampiran hab komersial Tel Aviv.

“Kami melihat asap naik dari sebuah bangunan yang mengalami kerosakan teruk dan kaca pecah.

“Kedua-dua (mangsa) tidak mempunyai degupan jantung dan tidak bernafas.

“Kami tiada pilihan lain selain mengisytiharkan mereka meninggal dunia di lokasi kejadian,” menurut kenyataan MDA.

Tidak lama selepas tentera Israel melaporkan satu lagi pusingan pelancaran oleh Iran, MDA mengeluarkan imej kerosakan di beberapa lokasi, termasuk kereta yang terbakar, kenderaan yang musnah dan sejumlah besar runtuhan.

Dalam pada itu, Polis Israel berkata, pakar pemusnah bom beroperasi di beberapa tapak impak yang membabitkan serpihan munisi dalam daerah Tel Aviv.

Dalam kenyataan berasingan, Pasukan Hadapan Domestik tentera berkata, pasukan pencarian dan penyelamatnya beroperasi di beberapa tapak di Israel tengah, di mana laporan mengenai impak diterima. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here