Home Buletin Semasa QATAR AIRWAYS SAMBUNG SEMULA PENERBANGAN DOHA–KUALA LUMPUR MULAI HARI INI

QATAR AIRWAYS SAMBUNG SEMULA PENERBANGAN DOHA–KUALA LUMPUR MULAI HARI INI

70
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

DOHA: Rakyat Malaysia di Qatar yang ingin pulang ke tanah air kini berpeluang berbuat demikian apabila Qatar Airways membuka semula penerbangan bagi sektor Doha–Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur–Doha bermula hari ini hingga 28 Mac depan.

Kedutaan Besar Malaysia di Doha dalam satu kenyataan memaklumkan, pembukaan semula laluan penerbangan itu bagaimanapun tertakluk kepada keadaan semasa serta penilaian keselamatan oleh pihak berkuasa Qatar.

“Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang merancang perjalanan pulang dinasihatkan supaya merujuk laman sesawang atau aplikasi Qatar Airways bagi mendapatkan maklumat terkini serta membuat perancangan perjalanan,”menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, sekiranya terdapat rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pihak kedutaan melalui talian +974 33746733 atau emel mwdoha@kln.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau bantuan lanjut,

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here