Home Sukan ARGENTINA BIDA ANJUR PIALA DUNIA RAGBI 2035

ARGENTINA BIDA ANJUR PIALA DUNIA RAGBI 2035

142
0

BUENOS AIRES: Argentina melancarkan bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Ragbi di Amerika Selatan buat pertama kali pada 2035, kata Kesatuan Ragbi Argentina (UAR), semalam.

Menurut UAR, mereka akan bekerjasama dengan Sudamerica Rugby serta kesatuan ragbi Brazil, Chile dan Uruguay dengan kemungkinan melibatkan negara jiran dalam kejohanan itu.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, Ketua Eksekutif World Rugby, Alan Gilpin yang kini berada di Argentina, akan mengadakan perbincangan dengan Presiden UAR, Gabriel Travaglini mengenai kebolehlaksanaan bidaan tersebut.

“Bidaan 2035 mencerminkan aspirasi persekutuan sejati dan projek berasaskan legasi yang melangkaui sempadan kita,” kata Travaglini dalam kenyataan.

“Menyambut kehadiran Alan Gilpin untuk menilai aspek teknikal adalah langkah penting bagi menunjukkan bahawa rantau ini bersedia.

“Kami mahu menyampaikan Piala Dunia Ragbi yang mencerminkan semangat dan kemajuan yang dicapai sukan ini di setiap pelosok negara kami.”

Piala Dunia seterusnya akan berlangsung di Australia tahun depan, dengan kejohanan itu pertama kali memasuki benua Amerika pada 2031 apabila dianjurkan oleh Amerika Syarikat.

Sepanyol, Jepun, Itali dan bidaan bersama yang berpotensi dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar adalah pesaing lain untuk menjadi tuan rumah pada 2035.

Argentina merupakan negara ragbi paling berjaya di Amerika dengan Pumas mara ke separuh akhir Piala Dunia tiga kali pada 2007, 2015 dan 2023. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here