Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Keterujaan menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 disemarakkan lagi dengan program Merdeka Kelantan Fun Walk (MKFW) 2025, yang berlangsung di perkarangan tempat letak kereta Aeon Mall, di sini, hari ini.
Seorang peserta Nik Ahmad Shahriman Nik Abdullah, 42, dari Kubang Kerian berkata dia sentiasa menyokong program seperti itu kerana minat mendalam dalam bidang sukan.
Nik Ahmad Shahriman segak memperagakan pakaian bertemakan kemerdekaan ternyata datang penuh semangat patriotisme.

“Saya memang suka program seperti ini dan sudah beberapa kali menyertainya. Rasa bersemangat kerana kita dalam Bulan Kemerdekaan,’katanya ketika ditemui, di sini.
Katanya dia tidak berkeseorangan menyertai program itu kerana keluarga sahabatnya juga turut menyertai dengan busana bertemakan kemerdekaan.
Dia juga turut memenangi Anugera Pakaian Lelaki Terbaik di MKFW 2025.
Sementara itu seorang peserta berusia 13 tahun tampil mencuri perhatian apabila mengenakan hiasan bunga di kepala bertemakan kemerdekaan, menyerikan lagi suasana program.

Izzdamia Qasrena Muhammad Nazir dari Pasir Pekan yang sememangnya aktif menyertai pelbagai program seperti itu, hadir bersama empat orang adik-beradik serta ibunya yang turut sama mengambil bahagian bagi menceriakan program kali ini.
Katanya hiasan kepala itu digubah oleh ibu saudaranya jelas terserlah semangat patriotisme dalam dirinya.

IMedikel TV






