Home Sukan SALAH RUNDING SERTAI AL-ITTIHAD SELEPAS TOLAK TIGA TAHUN LALU

SALAH RUNDING SERTAI AL-ITTIHAD SELEPAS TOLAK TIGA TAHUN LALU

160
0

LONDON: Mohamed Salah kini dikaitkan dengan perpindahan mengejut ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad, tiga tahun selepas menolak tawaran pertama.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, pemain sayap Mesir itu pernah menjadi sasaran tawaran £150 juta (RM804 juta) daripada kelab Saudi pada musim panas 2023, namun menolak dan memilih untuk terus membina legasinya di Liverpool.

Kini menurut laporan footmercato, Salah, 33, dikatakan memberi lampu hijau kepada ejennya untuk memulakan rundingan dengan Al-Ittihad.

Salah juga pernah dikaitkan dengan perpindahan pada musim panas lalu sebelum menandatangani lanjutan kontrak dua tahun bernilai £42 juta (RM224.9 juta), mengekalkannya di Anfield sehingga 2027.

Kontrak itu bermakna Al-Ittihad tetap perlu membayar kos perpindahan sekiranya rundingan berjaya.

Masa depan Salah menjadi isu pada Disember lalu apabila dia berselisih faham dengan pengurus Arne Slot.

Pemain sayap itu kecewa selepas diketepikan dalam tiga perlawanan berturut-turut termasuk menentang Leeds, menyifatkan seolah-olah kelab “menghumbankannya ke bawah bas”.

“Saya sudah banyak kali berkata saya ada hubungan baik dengan pengurus dan tiba-tiba kami tiada hubungan.

“Ini tidak boleh diterima. Kalau saya di tempat lain, kelab akan lindungi pemain mereka. Saya tidak faham kenapa saya dalam situasi ini, tetapi itulah pandangan saya. Rasanya kelab sedang mencampak saya ke bawah bas.”

Ketegangan itu dilaporkan reda selepas dia kembali daripada kempen Piala Negara-Negara Afrika bersama Mesir, namun rundingan perpindahan mungkin jadi pilihan terbaik bagi kedua-dua pihak.

Sekiranya pindahannya berlaku pada musim panas ini, Salah boleh bergandingan semula dengan bekas rakan sepasukan Fabinho, jika pemain Brazil itu menyambung kontrak selepas Jun.

Bintang lain di Al-Ittihad termasuk bekas pemain Aston Villa, Moussa Diaby manakala legenda Chelsea, N’Golo Kante meninggalkan kelab itu untuk ke Fenerbahce ketika jendela perpindahan musim sejuk. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here