Home Hiburan ZARA ZYA NAFI JALIN HUBUNGAN ISTIMEWA DENGAN USAHAWAN

ZARA ZYA NAFI JALIN HUBUNGAN ISTIMEWA DENGAN USAHAWAN

214
0

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zara Zya, menafikan dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan seorang usahawan seperti yang digosipkan di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di platform Threads, pelakon drama Love You Mr Arrogant itu menegaskan hubungannya dengan lelaki terbabit hanyalah sekadar kenalan biasa dan mereka hanya pernah berjumpa sekali.

“Maaf cakap, tetapi perkara ini sudah melampau. Saya tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan individu yang digosipkan itu.

“Hubungan kami hanyalah sekadar kenalan biasa. Jumpa pun baru sekali.

“Jika pihak sana mempunyai perasaan, itu adalah urusan peribadi dia dan tiada kena mengena dengan saya,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Zara turut meminta lelaki terbabit agar menghentikan penyebaran naratif yang tidak tepat kerana ia bukan sahaja mengelirukan, malah menjejaskan reputasi dirinya serta keluarga.

Menurutnya, dia juga tidak berminat untuk melayan gosip murahan yang tidak berasas.

Terdahulu, tular foto Zara bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey.

Khazrul, yang juga bekas tunang kepada selebriti sensasi Zarina Anjoulie, dilaporkan memberitahu sebuah portal hiburan bahawa dia tidak menolak kemungkinan untuk bertemu jodoh dengan Zara.

Malah, Khazrul turut memuji keperibadian aktres itu dan menyatakan kesediaannya untuk mengenali Zara dengan lebih rapat. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here