Home Hiburan SALAH FAHAM, EMOSI PUNCA KRISIS

SALAH FAHAM, EMOSI PUNCA KRISIS

327
0

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Jay Iswazir, 42, tetap mahukan bekas isterinya, Fatimah Azzahra Ahmad membuat permohonan maaf selepas mengeluarkan kenyataan didakwa berunsur fitnah terhadapnya menerusi media sosial, tahun lalu.

Jauh di sudut hati, Jay mengharapkan perdamaian dan krisis yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.

Terdahulu, Jay memberi tempoh lanjutan selama 10 hari kepada bekas isterinya selepas menghantar surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) pada Disember tahun lalu.

Jay berkata, bekas isteri sudah membalas balik LOD. Apa yang boleh kongsikan, semuanya dalam proses berbincang.

“Pertama, mendapatkan perdamaian dan kedua, membersihkan apa yang dikeruhkan.

“Saya belajar bertenang dalam apa juga situasi. Saya rasa ini juga membuatkan saya mendalami apa maksud reda dan ujian.

“Sekarang apabila menyebut nama Allah dan soal agama, kita akan dilabel sebagai penunggang. Bagi saya, hidup tiada kebetulan dan bila terjadi perkara seperti ini, saya fikir Allah nak cuci dosa saya.

“Saya elak menyalahkan sesiapa sebab kalau apa yang berlaku bukan kebetulan, jadi saya perlu nilai semula kesalahan saya,” katanya kepada BH Online.

Jay berkata, dia juga mendiamkan diri bersebab.

“Ini membabitkan isu rumah tangga dan sangat sensitif. Perkataan aib sekarang ringan di mulut. Saya ‘google’ apa maksud aib untuk saya nilai semula supaya apa sahaja tindakan saya bukan berlandaskan emosi.

“Alhamdulillah, saya dikelilingi insan yang menjurus saya melihat dari sudut positif. Bagi saya, semua ini kebesaran Allah. Saya sedar kita semua banyak kesalahan dan bila saya melalui ujian, lebih baik saya menilai semula apa yang berlaku daripada menyalahkan orang,” katanya.

Mengulas badan kelihatan susut, Jay berkata, dia tidak tahu ia berkaitan dengan kontroversi atau tidak.

“Sebelum ini, saya memang sudah mula mengawal berat badan sebab saya berada dalam industri. Apa yang saya cuba tonjolkan adalah bakat dan saya tiada masalah sekiranya orang cakap saya tiada rupa.

“Apabila berusaha dan berdoa, Allah dengar doa saya hingga pernah menggenggam trofi.

“Dari situ, saya fikir kenapa saya perlu mempersoalkan mengenai rupa paras, akhirnya jika melakukan dengan betul dan berusaha, insya-Allah pasti ada rezeki.

“Ada juga tuntutan kerja memerlukan saya menjaga berat badan. Tapi, berat badan saya turun antara lima sehingga enam kilogram,” katanya yang bakal tampil dalam filem seram arahan Pierre Andre berjudul Dajal. Ia akan menjengah pawagam tempatan bermula 6 Februari depan.

Selain Jay, pelakon lain turut membintangi termasuklah Amir Nafis, Khatijah Tan, Jaja Illiyes, Dai Syed dan ramai lagi. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here