Home Luar Negara RUNTUHAN SALJI, DUA WARGA NEW ZEALAND MAUT

RUNTUHAN SALJI, DUA WARGA NEW ZEALAND MAUT

TOKYO: Dua warga New Zealand maut selepas runtuhan salji di Jepun, menurut Kementerian Luar Negeri New Zealand, pada Selasa.

Menurut kementerian itu, perkara itu disahkan oleh polis Jepun.

“Kedutaan New Zealand sudah menawarkan sokongan kepada keluarga mereka yang terbabit,” kata jurucakap kementerian.

Tiada keterangan lanjut akan diberikan atas sebab privasi, tambah jurucakap itu.

Terdahulu, warga New Zealand dilaporkan terbunuh ketika bermain ski di kawasan pedalaman di Gunung Yotei, kira-kira 90 kilometer (km) dari bandar Sapporo di Pulau Hokkaido.

Menurut laporan media tempatan di Jepun, dua orang membabitkan lelaki dan seorang wanita dibawa ke hospital selepas tidak bertindak balas berikutan runtuhan salji.

Mereka kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, seorang lagi mangsa mengalami kecederaan bahu. – AFP, HMetro Online –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here