Home Sukan ROONEY SEDIA BANTU CARRICK DI OLD TRAFFORD

ROONEY SEDIA BANTU CARRICK DI OLD TRAFFORD

171
0

MANCHESTER: Wayne Rooney yakin Michael Carrick mampu “mengembalikan semangat Manchester United” dan bersedia untuk menyertai barisan kejurulatihan jika diperlukan.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, Red Devils dilaporkan sedia melantik Carrick, 44, sebagai pengendali sementara sehingga akhir musim.

Rooney, penjaring rekod kelab dengan 253 gol, berkata peluang itu wajar dimanfaatkan untuk mengembalikan identiti dan “suasana kekeluargaan” yang hilang di Old Trafford.

“Kelab ini sudah kehilangan identitinya, suasana keluarga itu. Ini peluang untuk mengembalikannya, membawa semula semangat Manchester United,” kata Rooney.

Apabila ditanya sama ada dia ingin bekerjasama dengan bekas rakan sepasukannya itu, Rooney menjawab: “Sudah tentu, ia keputusan mudah. Saya tidak memohon kerja ini, tetapi jika diminta, sudah tentu saya akan sertai.”

United juga berbincang dengan bekas pengendali Ole Gunnar Solskjaer pada Sabtu, namun Carrick kekal sebagai calon utama.

Legenda Leeds, Jonathan Woodgate, 45, turut dipertimbangkan untuk menjadi penolong Carrick, selepas pernah bekerja bersamanya di Middlesbrough.

Carrick, yang pernah mengendali tiga perlawanan selepas pemecatan Solskjaer pada tahun 2021 sebelum menyertai Middlesbrough, dijangka memulakan sesi latihan pertamanya esok, dengan ujian getir menentang Manchester City dan Arsenal pada perlawanan pembukaannya. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here