Home Luar Negara ROBOT PENGHANTAR MAKANAN DIPERKENALKAN DI JEPUN

ROBOT PENGHANTAR MAKANAN DIPERKENALKAN DI JEPUN

TOKYO: Bermula semalam, khidmat penghantaran robot daripada aplikasi makanan berpangkalan di Amerika Syarikat, ditawarkan di kawasan kecil di bandar ini sebelum diperluaskan seluruh Jepun.

Jepun yang menghadapi kekurangan buruh yang semakin meningkat, mengubah undang-undang jalan raya tahun lalu untuk membenarkan robot penghantaran di jalan awam.

Syarikat lain termasuk Panasonic juga sedang mencuba mesin baharu yang comel untuk mengangkut barangan.

Robot Uber Eats itu mempunyai lampu depan segi empat sama untuk mata dan tiga roda pada setiap sisi untuk navigasi semasa menggunakan laluan, menggunakan penderia untuk mengelak pejalan kaki dan halangan lain.

Bergerak sehingga 5.4 kilometer sejam dan dengan lampu berkelip di sekeliling penutup, terdapat pengendali manusia dalam keadaan siap sedia sekiranya berlaku masalah.

Pengarah Operasi Pasaran di Uber Eats Jepun, Alvin Oo berkata, ia seperti perkhidmatan penghantaran pandu sendiri yang dilancarkan syarikat di Amerika Utara.

Pada peringkat awal, skop perkhidmatannya terhad.

“Pengguna aplikasi mesti menunggu di luar untuk menunggu ketibaan robot itu, namun suatu hari nanti ia boleh sampai ke pintu mereka.

“Melangkah ke tingkat pejabat, ke pangsapuri… boleh berguna di tempat seperti Tokyo,” katanya kepada AFP.

Katanya, pada masa akan datang, perkhidmatan itu juga akan berkembang ke kawasan luar bandar yang mempunyai ramai penduduk seperti warga emas dan pemandu terhad.

Uber Eats dan aplikasi sama menghadapi mogok bulan lalu dan syarikat gergasi rideshare Uber sekian lama dikritik kerana mengelak peraturan gaji minimum dan gaji bercuti, dengan berhujah pekerjanya bukan pekerja tetapi kontraktor bebas.

Sebagai permulaan, Robot Uber Eats, yang dibangunkan dengan Mitsubishi Electric dan syarikat pemula Amerika Syarikat, Cartken akan menghantar makanan dari hanya beberapa restoran di daerah Nihonbashi yang sibuk di sini.

Pengguna tidak boleh memilih penghantaran robot dan jika ia dipilih, mereka boleh menerima atau menolak tawaran itu. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here